Sunday, 15 May 2016

    Pengenalan
Keusahawanan merupakan satu bidang pekerjaan yang memberi banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Menurut Rosli Mahmood (2010) mengatakan bahawa perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Di Malaysia, perkataan usahawan ini mula popular dalam kalangan masyarakat hanya dalam pertengahan tahun 1970-an. Selepas tahun 1969 usahawan ini telah timbul dalam konteks penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
         Namun tiada istilah khusus tentang maksud keusahawan yang sebenar-benarnya. Hal ini kerana terlalu banyak perspektif sendiri yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh usahawan dunia. Keusahawan juga boleh ditakrifkan sebagai pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insaniah untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil. Ciri-ciri usahawan dalam keusahawanan merupakan sifat yang lahir secara semula jadi dalam diri seseorang.
          Seterusnya, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya. Usahawan juga perlu mempunyai ciri-ciri usahawan yang baik untuk mencipta sesuatu yang baharu seperti menjalankan inovasi. Usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan semasa ingin membangunkan sesebuah perniagaan. Keadaan sedemikian, usahawan yang baik mengambil kegagalan ini sebagai satu motivasi diri sendiri untuk memperoleh kejayaan sebenar untuk masa kelak.




TUGASAN 1 (A)

1.Berorientasikan hasil (outcome oriented)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs3DV458t4I1f79rnFf9kylbpNj0JhGA4LVBDs0IcJQD-DXPAG0Lp9Zvl5XPlzzFzzuio8l7KeItEbYd3w9Er8oD-FcbmuvdZMAS_0la4etMYTcy-v0o9opE9KXaAIH7zxygjKjRoUwvPZ/s1600/BZLF.jpg
 Setiap usahawan mesti mempunyai pandangan jauh mengenai peluang yang ada. Setiap peluang yang diyakini mampu menjadikan wang kepada mereka maka mereka pasti akan mencuba melaksanakannya. Hal ini demikian kerana mereka dapat melihat hasil yang akan diperoleh akibat daripada tindakan mereka dan keadaan ini akan membuatkan mereka berani mengambil risiko.
            Seperti yang sedia maklum syarikat Honda merupakan syarikat yang dimiliki oleh jurutera dan usahawan motokar terkenal dari Jepun iaitu Soichiro Honda. Namun di Malaysia juga terdapat usahawan yang juga berjaya menaikkan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew. Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia pada hari ini. Hal ini demikian kerana keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di negara ini.
            Idea untuk menjual motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu Tan Sri Loh Boon Siew bercuti di Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh kerana beliau berpendapat bahawa motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah maka beliau mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di Malaysia.        Walau bagaimanapun, beliau hanya menjual motosikal tersebut kepada rakan-rakannya sahaja tanpa mengambil sebarang untung kerana beliau ingin masyarakat mengenali motosikal tersebut. Beliau juga ditertawakan oleh masyarakat kerana mereka menganggap bahawa motosikal tersebut tidak berguna dan cepat rosak namun perkara itu tidak mematahkah semangat beliau kerana beliau sudah dapat melihat hasil yang akan beliau peroleh dengan membawa kenderaan itu ke Malaysia.
            Jangkaan beliau terhadap hasil yang positif yang akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini.
            Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil mampu mencipta kejayaan kerana mereka berpandangan jauh dan mempunyai tekad yang tinggi kerana mereka berusaha untuk merealisasikan perancangan yang ada di fikiran mereka
2.Budaya terbuka (open culture)
http://archives.thestar.com.my/archives/2013/2/9/metrobiz/Steven-Sim-Secret-Recipe-m20.jpg
Konsep budaya terbuka adalah di mana sesuatu pengetahuan yang ada perlu disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya melalui pembangunan, penukaran dan memperkaya kerja-kerja yang sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama tanpa terikat dengan mana-mana peraturan berkaitan perlindungan undang-undang harta intelek.
         Antara contoh usahawan yang berpegang kepada konsep ini ialah Datuk Steven Lim yang merupakan pengasas Secret Recipe. Beliau seorang yang kreatif dan bercita-cita tinggi. Kewujudan Secret Recipe bermula apabila beliau menyedari kekurangan di dalam perniagaan berasaskan makanan di Malaysia dan premis pertama ditubuhkan di Petaling Jaya. Disebabkan kekurangan modal pada peringkat permulaan untuk mengiklankan outlet pertama maka beliau melakukan pemasaran dengan menawarkan kopi percuma kepada pelanggan. Hasrat beliau untuk membuka outlet di Orchad Road pernah kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah namun beliau tidak pernah berputus asa sehingga akhirnya berjaya juga. Kini pasaran Secret Recipe Berjaya menjangkau hingga ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei dan beberapa Negara lagi yang mengangkat jenama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
          Kesimpulannya, Steven Lim adalah seorang usahawan berciri budaya terbuka kerana beliau mampu mengesan kekurangan yang ada dalam perniagaan makanan dan Berjaya mewujudkan konsep baru yang sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat secara global di seluruh dunia.
3.Kegagalan adalah satu pilihan (failure is an option)

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/9/93/ODesk_CEO_Gary_Swart.jpg
Antara sifat yang ada pada seseorang usahawan yang berjaya adalah kegagalan adalah satu pilihan. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa tahu bahawa sesuatu perkara yang dilakukan atau keputusan yang diambil oleh mereka tidak selalunya berkesan dan berjaya dan berisiko untuk gagal, namun mereka masih berani untuk mengambil risiko melakukannya. Setiap kegagalan yang dialami oleh seseorang usahawan adalah merupakan suatu proses pembelajaran bagi mereka untuk lebih berusaha dalam mencapai kejayaan. Setiap langkah atau tindakan yang ingin diambil oleh seseorang usahawan itu akan didahulukan dengan menilai segala aspek yang perlu diketengahkan dan ianya boleh disumberkan melalui pengalaman kegagalan sebelumnya bagi mendapatkan keputusan yang bernas dan berjaya.
          Contoh usahawan yang dapat kita kaitkan dengan sifat di atas adalah Gary Swart yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif odesk. Odesk merupakan sebuah platform kerja global di atas talian di mana perniagaan dan professional bebas untuk berhubung serta bekerjasama dalam jarak yang jauh dan pada 2015, Elance Odesk telah melalui penjenamaan semula dan dikenali sebagai Upwork.Sebelum mencapai kejayaan, Gary juga pernah melalui zaman kegagalan dalam perniagaan yang diusahakannya dalam mengusahakan sebuah syarikat yang diberi nama Intellibank dan syarikat tersebut hanya mampu bertahan dalam masa yang sangat singkat walaupun beliau telah berusaha sebaik mungkin dalam mengumpul modal untuk menjayakan syarikat tersebut namun hasilnya tidak seperti yang diidamkan oleh Gary. Daripada kesilapan tersebut beliau bangkit dan mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilakukan yang mana akhirnya beliau berjaya memahami beberapa perkara penting yang mampu memberi kejayaan dalam permulaan perniagaan.
         Beliau mendapati bahawa pasaran adalah penting untuk sesebuah produk. Walau bagus bagaimanapun produk yang dihasilkan namun jika pasaran tidak wujud tetap akan mengalami kegagalan. Kegagalan di dalam Intellibank adalah apabila beliau cuba memenuhi semua kehendak pelanggan yang bertentangan dengan produknya. Oleh itu beliau harus membangunkan dan memberi tumpuan kepada satu produk tanpa perlu cuba memenuhi semua kehendak pelanggan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Beliau juga menyedari bahawa matlamat perniagaan harus melebihi jangkaan pelanggan dan dengan matlamat sebegitu, syarikat baru akan berjaya memenangi kesetiaan para pelanggan terhadap jenama produknya dan mencapai sebuah pasaran pelanggan yang stabil.
           Secara keseluruhannya, Gary merupakan seorang usahawan yang berjaya selepas melalui kegagalan perniagaan dan membuktikan bahawa kegagal itu bukan selama-lamanya dan ianya mampu memberi kita jalan lain untuk mencapai kejayaan yang lain.
4. Ketajaman daya pemerhatian (observant)
http://www.claremontquarter.com.au/assets/BlogImages/_resampled/CroppedImage619619-Jimmy-Choo-headshot-crop.jpg
Ciri daya pemerhatian yang tajam merupakan salah satu ciri yang perlu ada dalam seseorang individu dalam bersaing didalam bidang keusahawanan. Daya pemerhatian yang tajam boleh didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran termasuk persekitaran dalaman dan luaran. Persekitaran merujuk kepada keadaan luaran dan dalaman sesebuah organisasi yang boleh memberi impak terhadap perniagaan dan mempengaruhi seorang usahawan dalam membuat sesuatu keputusan (rosli mahmood, 2010).
Usahawan yang mempunyai ciri ini akan sentiasa mempunyai ilham yang baru dan merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan pengeluaran produk atau perkhidmatan yang baru dengan tujuan memberi kepuasan kepada pengguna. Ironinya, mereka akan memerhati keadaan sekeliling dan menganalisis kehendak pasaran dan keperluan pengguna di masa hadapan. Justeru mereka akan menghasilkan suatu produk atau perkhidmatan berdasarkan pemerhatian dan peluang yang telah dianalisis.
Berdasarkan ciri ini, Datuk Jimmy Choo boleh diklasifikasikan sebagai seorang usahawan berjaya yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Beliau merupakan seorang pereka kasut buatan tangan yang terkenal dengan keunikan dan keselesaan rekaannya. Nama beliau mula meningkat naik apabila Mendiang Puteri Diana membeli rekaan kasutnya dan terus menjadi pelanggan setia Datuk Jimmy Choo.
Beliau turut dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang di atas kejayaannya di dalam bidang fesyen. Ciri ketajaman daya pemerhatian dapat dilihat apabila beliau mengembangkan cabang perniagaannya dengan mempelbagaikan produk seperti beg tangan dan aksesori lain. Hal ini jelas terpancar bahawa Datuk Jimmy Choo ialah seorang usahawan yang sentiasa mencari peluang dan peka terhadap kehendak semasa untuk mengembangkan perniagaannya.
5. Berorientasikan pasukan (team oriented)
http://www2.pictures.zimbio.com/gi/Joshua+Schulman+knFl-ZKf_rZm.jpg
Semangat kerja berpasukan berkaitrapat dengan ciri usahawan berorientasikan pasukan. Usahawan bertindak sebagai ketua dalam sesebuah organisasi dan bekerjasama dengan pekerja dalam satu pasukan untuk merealisasikan matlamat organisasi. Sebuah pasukan terdiri daripada individu yang saling bergantung dari segi kepakaran, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan. Mereka memberi komitmen dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dalam proses membuat keputusan, usahawan yang bertindak sebagai ketua akan meminta persetujuan seluruh ahli pasukan. Usahawan yang berorientasikan pasukan akan menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan berkualiti kerana ia adalah hasil gabungan kreativiti, kemahiran dan kepakaran pekerjanya.
Tokoh usahawan yang memiliki ciri ini ialah Mr. Joshua G.Schulman bekas ketua eksekutif Jimmy Choo Ltd. Beliau memasuki Jimmy Choo Ltd pada tahun 2007 selepas Datuk Jimmy Choo menjual sahamnya di dalam syarikat berkenaan. Beliau membantu Jimmy Choo Ltd dengan mula mempelbagaikan rangkaian produk keluaran Jimmy Choo kepada beg tangan, aksesori seperti cermin mata dan minyak wangi, barang kemas dan jam tangan. Beliau mahu meletakkan Jimmy Choo Ltd jenama mewah yang merentasi kategori produk dan geografi. Beliau percaya pengembangan target pasaran mereka ke Negara Asia dan Timur tengah akan membantu Jimmy Choo Ltd mengharungi kemelesetan ekonomi.
Di dalam artikel Global Business, Mr Joshua Schulman berkata,” he believed that building a successful fashion brand required good teamwork, especially between the business and creative sides. Both have different roles, but they can share the same vision for the brand” (kolesnikov-jessop, 2009). Berdasarkan artikel ini, jelas Mr Schulman seorang usahawan yang berorientasikan pasukan dalam meningkatkan keuntungan Jimmy Choo Ltd.
6. Proaktif (proactive)
https://rightways.files.wordpress.com/2013/02/robert-kuok.jpg
            Proakif membawa maksud individu yang bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu kejadian atau perkara. Usahawan yang mempunyai ciri ini lebih awal merebut peluang yang ada, memiliki visi yang jelas ke hadapan, selalu aktif memikirkan peluang dan perkembangan perniagaan dan segera mengambil langkah yang cepat terhadap sesuatu permasalahan.
Seorang usahawan tempatan yang berjaya dan menjadi jutawan Malaysia, Dato Robert Kuok pengasas pembuatan gula Malayan. Beliau merupakan pelopor utama gula di Malaysia sebanyak 80% dan 10% untuk luar Negara. Justeru, beliau telah digelar “Raja Gula Asia”. Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923. Ciri proaktif yang ada pada Dato Robert Kuok dapat dilihat apabila beliau mengembangkan sektor perniagaannya kepada rantaian hotel “ Shang-Ri La”.
Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan tepung, penerbitan dan makanan haiwan. Semua bidang perniagaan yang diceburi beliau memperoleh kejayaan. Usaha gigihnya bermula daripada bawah dimana beliau bekerja sebagai kerani di kilang beras di Singapura. Beliau seorang yang cepat belajar dan tangkas, hal ini memudahkannya mempelopori bidang yang ingin diceburi. Ketangkasan beliau dalam mempelopori sesuatu bidang membuahkan hasil apabila beliau berjaya dalam perniagaan dan telah diisytiharkan sebagai “Usahawan terkaya Malaysia” dan “ke-2 terkaya di Asia Tenggara”.
7. Jaringan (networked)
https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f3/Tony_Fernandes.jpg
Tidak mudah untuk seorang usahawan meraih kejayaan tanpa bantuan daripada pihak lain. Seorang usahawan yang berjaya perlu bijak dalam memilih individu yang bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada masa ini, tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa akan datang juga. Oleh itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes adalah tokoh yang bersesuaian dengan ciri tersebut. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Penerbangan Tambang Murah yang disegani di Malaysia iaitu Air Asia. Dalam meraih kejayaan, beliau tidak berseorangan tetapi beliau dibantu oleh rakan baik beliau iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Perniagaan beliau mula direalisasikan  apabila beliau mula  menyatakan hasrat beliau untuk menjadi seorang usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada rakan baiknya itu selepas tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Tertarik dengan rancangan tersebut, kedua-dua sahabat baik tersebut bersepakat untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta untuk dijadikan sebagai modal.
Selain itu, beliau juga turut meminta bantuan daripada Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lesen penerbangan. Datuk Pahamin juga  telah membawa Tony Fernandes berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu. Hasil perjumpaan tersebut, lesen penerbangan berjaya diperoleh. Mengakui jasa Datuk Pahamin begitu besar dalam merealisasikan impiannya menjadi kenyataan, beliau telah mempelawa Datuk Pahamin untuk menjadi rakan kongsi beliau. Kerjasama yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu, mereka berjaya mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia Bhd. yang mana syarikat tersebut diterapkan menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang kini popular di Malaysia.
 Oleh itu, jelaslah bahawa kejayaan seseorang usahawan itu tidak mungkin dapat diperolehi tanpa bantuan daripada pihak lain.  Melalui kerjasama kedua-dua pihak, sudah tentu masalah dapat dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Dalam situasi yang dialami oleh Tony Fernandes, kejayaan yang dikecapi oleh beliau sekarang adalah hasil daripada strategi bijak yang diambil dan titik peluh beliau bersama rakan baiknya itu. Tanpa bantuan tersebut, beliau mungkin tidak dapat berdiri teguh sebaris dengan usahawan berjaya pada masa kini.


8.Mengambil Risiko Terbuka (Open Risk Taker)
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.
http://lh4.ggpht.com/-mo9UPRgayuo/Tl8w8RdTBFI/AAAAAAAADXQ/n1psbA4LQqU/54699504th8_thumb%25255B4%25255D.jpg?imgmax=800

      Ciri kecenderungan mengambil risiko ini adalah sebahagian daripada ciri peribadi yang semestinya ada secara semula jadi dalam diri setiap usahawan yang berjaya. Mengambil risiko terbuka membawa maksud bahawa sesuatu  risiko yang diambil tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian atau keuntungan. Setiap Perniagaan sama ada perniagaan kecil mahupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, bagi usahawan yang  megambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu dipertimbangkan dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan kelak.
     Mengambil risiko terbuka ini bukan lah suatu perkara yang mudah untuk diambil oleh seseorang usahawan kerana ciri ini memperhitungkan pelbagai kemungkinan kejayaan mahupun kegagalan bagi seseorang usahawan itu dan perniagaan mereka. Antara usahawan yang mengamalkan ciri mengambil risiko terbuka ini adalah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh atau lebih dikenali sebagai Sani, merupakan seorang pengasas syarikat bas express Sani Express. Syarikat Sani Express atau lebih dikenali  Syarikat Sani United Sdn.Bhd (SUSB) mula ditubuhkan pada .Menurutnya, beliau memulakan perniagaan tersebut atas dasar minat dan mahu mengubah nasib kehidupannya ke tahap yang lebih baik.
    Sebelum menceburi bidang perniagaan ini, Datuk Muhamamd Sani Salleh terdahulu menceburi bidang hiburan seperti menjadi model, penyanyi, pelakon dan sebagainya. Namun selepas beliau menyedari bidang tersebut tidak mampu memberi kejayaan dalam hidupnya , dan dengan sedikit dorongan daripada sahabat sekeliling yang berjaya didialam dunia perniagaan, beliau tanpa berfikir panjang mencuba nasib dalam menceburi bidang perniagaan. Bermula dengan membuka perniagaan bengkel membaiki kenderaan dibeberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu. Tidak lama selepas itu, pada tahun 2003, Datuk Sani mengembangkan perniagaan dengan lebih jauh dengan mencuba nasib dalam bidang pengangkutan dengan membuka Syarikat Sani United Sdn Bhd(SUSB).
      Namun dugaan dan nasib tidak menyebelahi beliau ketika melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ini apabila dua orang rakan kongsi beliau menarik diri dari perniagaan tersebut sekaligus memberi cabaran kepada beliau sendiri untuk menguruskan perniagaan tersebut seorang diri. Tambahan lagi beliau turut menanggung risiko yang besar kerana pinjaman yang dibuat. Namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perniagaannya malah beliau sanggup mengambil risiko untuk menguruskannya seorang diri dengan penuh yakin walau tahu beliau bakal mengalami kegagalan dan kerugian yang besar sekiranya tidak mampu untuk bertahan menguruskan perniagaan tersebut.
     Dengan mempunyai seorang pekerja, Datuk Sani menggunakan segala kudrat yang ada berserta akal fikirannya dengan penuh teliti untuk membagunkan syarikat Bas ekpress miliknya itu dan selepas beberapa tahun, usahanya mendatangkan hasil. Pada januari 2006, Sani Ekspress Berjaya berada dijalan raya dan perjalanan perniagaan syarikatnya berjalan dengan lancar dan mula mendapat sambutan dan permintaan yang luar biasa daripada penumpang bas ekspress dan semakin berkembang pesat sehingga ke hari ini.
   Sikap beliau yang yakin dan sanggup mengambil risiko untuk membangunkan perniagaannya kini terbukti berhasil dengan jayanya dengan kejayaan luar biasa syarikatnya yang kini mampu berdiri dengan gah dan berjaya memiliki

9.Visionary (Berwawasan).
Nurfuryna binti mohd. Azmeer (pengasas Aura White Beauty)
http://ww1.utusan.com.my/pix/2014/0601/Utusan_Malaysia/Feminin/fe_01.1.jpg
      Berwawasan bermaksud satu keazaman atau hala tuju yang tertentu yang dirancang oleh seseorang individu untuk masa hadapan. Wawasan dibentuk dari segi kedua jangka masa sama ada jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan percambahan dan lencongan hala tuju sesuatu perancangan itu dan ianya dapat menjadikan  wawasan itu suatu matlamat yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan kearah pencapaian wawasan dan matlamat yang ditetapkan.
Usahawan yang Berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat dan wawasan usahanya sejajar dengan wawasan kerajaan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, seseorang usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran. Dengan kata lain, berwawasan bermakna seseorang itu menanamkan dan bertekad atau pon berazam untuk mencapai sesuatu yang dihajati dan akan cuba melakukan apa sekali pon untuk menjadikannya satu kenyataan.
         Sifat ini dimiliki oleh pengasas produk kesihatan dan kecantikan  Aura White Beauty yang semakin dikenali ramai  iaitu Nurfuryna Mohd. Azmeer yang kini berumur 29 tahun. Beliau yang sebelum ini melaksanakan jualan produk minyak wangi bersama suaminya menambah cabang perniagaannya kepada makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan. Mengakui bahawa dirinya yang optimis dan mempunyai wawasan , beliau sentiasa beruasaha memastikan hanya perkara-perkara positif sahaja yang singgah difikirannya. Sebagai seorang usahawan juga, beliau sememangnya  meletakkan diri untuk memikirkan sesuatu perkara dan harapan malah matlamat yang sangat besar. Beliau juga mengakui tidak pernah berpuas hati dengan setiap perkara yang dilakukan kerana sentiasa mahukan hasil yang terbaik bukan saja untuk diri untuk diri beliau, malah menginginkan semua pelanggan mendapat manfaat daripadanya.

     Beliau sendiri lebih suka bersikap positif apabila terjadi sesuatu dan akan memikirkan  jalan penyelesaiannya terlebih dahulu. Buktinya berkat keazaman yang tinggi dalam diri, beliau menggunakan ilmu dan pengalaman beliau untuk menghasilkan produk makanan tambahan kolagen yang mampu mengekalkan awet muda dan sihat akhirnya berhasil dikeluarkan walaupun beliau sendiri sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan dan pendidikan rasmi dalam bidang ini.
     Beliau yang tidak asing lagi dengan sifat yang berwawasan dan berpandangan jauh ini, turut mengatakan hasrat dan perancangan beliau iaitu bakal melancarkan pelancaran pejabat urusan mereka yang baharu pada masa yang terdekat ini. Syarikat beliau juga turut bakal menempatkan pusat kecantikan wajah yang membolehkan pelanggan setia produknya mendapatkan rawatan kulit wajah dan rawatan ekslusif dari pakar kecantikan syarikat itu sendiri.


TUGASAN B – TOKOH DAN PELBAGAI CIRI

   https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmp7nnBN-Qk3zR4A-UPY_8X5D-rOOc_ZXp0ET7O6a9L1gG1rIZmnngwUFKLOwCj0pP2Udgk8DnuQjcIHreEgjmQ9WEf45jT7_Gn2ud0nVDLwng5XgIdnL9sI8X4TrvVgLaDob0yb4zpGI/s320/ali+hasan.jpg

Ali Hassan Mohd Hassan adalah pemilik rangkaian Syarikat aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia FIFA 2010. Kejayaan beliau bermula dengan modal kecil dengan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizza untuk sara hidup dan yuran pengajian. Ali Hassan akhirnya mendapat diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993 dan ditawar sambung belajar ke luar Negara tetapi ditolak. Pada tahun 1993 perniagaannya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor dengan menjual barangan sukan. "Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,”.
Ketika itu sukar mendapatkan pinjaman bank. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘mengkritik’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.“Ambil sahaja apa ‘kritikan’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” “Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah. Beliau menyerah semuanya kepada kuasa Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza. Kini terdapat 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara .
Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama. Pada 2010, aL-ikhsaN membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl kerana pelanggan wanita mahukan pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka .

Proaktif, rangkaian dan mengambil risiko kegagalan adalah satu pilihan hasil orientasi
Tokoh yang saya pilih ialah Ali Hassan Mohd Hassan. Beliau merupakan ketua rangkaian Syarikat aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai kelengkapan sukan yang bertaraf antarabangsa yang mana produknya diperkenalkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan seperti Piala Eropah, Formula 1, Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Selain itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Al-Ikhsan dan memiliki 59 cawangan syarikat di dalam Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai ciri-ciri yang patut kita memupuk dalam diri sendiri dan mengamalkan selama-lamanya,






•         Proaktif
     DEFINISI PROAKTIF

Usahawan yang proaktif mempunyai sikap yang efektif dalam mengendalikan sesebuah perusahaan. Menurut Mokhtar Pet (2013) usahawan yang efektif tidak akan menangguhkan pekerjaan mereka malah melakukan sesuatu pekerjaan lebih awal dari waktu yang dijangkakan. Usahawan juga akan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas untuk membaiki keadaan sedia ada dengan memperbetulkan sebarang masalah. Usahawan yang proaktif juga sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan kecekapan yang sedia ada. Usahawan yang proaktif yakin dengan keupayaannya untuk menangani segala perubahan teknologi, persekitaran mahupun politik di sesebuah negara.

Beliau merupakan seorang tokoh yang proaktif kerana beliau tidak malu untuk tanya kepada pelanggan tentang apakah produk yang dapat memuaskan kehendak mereka dan sebarang tidak puas hati tentang produknya. Beliau berkata, jika  ada pandangan atau aduan daripada pelanggan, barulah kita boleh ubahsuai dan menjadikan produk itu lebih cemerlang serta dapat memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau proaktif dalam mendengar dan merujukkan pandangan yang diberikan oleh pelanggan supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan. Selain itu, al-ikhsan merupakan perniagaan yang dikirakan dengan saiz kecil pada masa itu. Walaupun perniagaan adalah saiz kecil tetapi beliau juga proaktif dalam menjual baju sukan secara pantas. “Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Ini dapat mendatangkan kebaikan kepada perniagaannya iaitu dapat stok yang pelbagai dan tidak mempunyai stok lama kepada pelanggan.





•         Sanggup mengambil risiko
    
Bakar, H. (2010) menyatakan risiko ialah satu perkara yang mungkin akan berlaku, dan jika berlaku kemungkinan untuk mengalami kegagalan, kerosakan, keruntuhan, kehilangan, kecederaan ataupun apa-apa perkara yang negatif .Risiko juga adalah akibat daripada tindakan yang diambil di sebalik ketidaktentuan.
Dalam Segi Ekonomi usahawan ialah seorang yang sanggup menghadapi risiko dan menggabungkan faktor pengeluaran untuk menawarkan barang dan perkhidmatan. Setiap usahawan akan mengalami  pelbagai risiko seperti risiko kehilangan aset ,risiko kekurangan permintaan terhadap barang dan perkhidmatannya, dan lain-lain. Walaupun usahawan menghadapi risiko yang banyak tetapi pulangan bagi usahawan adalah lebih banyak. Ini membuktikan “Risiko tinggi, pulangan tinggi”.
Sebagai contohnya, Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada sshabat dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada masa dahulu. Beliau juga tidak mengenal pasti bahawa perniagaan ini akan mendapat sambutan baik atau tidak daripada sahabatnya. Walau bagaimanapun, beliau juga berusaha untuk menjalankan perniagaan kerana mendapatkan untung untuk membiayai kos pembelajaran dan kos sara hidup. Oleh kerana beliau sanggup mengambil risiko ini dan tidak berputus asa, perniagaan pertama beliau bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bharu. Perniagaan pertama itu adalah diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan dengan sepenuh hati dan semakin lama-lamanya mendapati permintaan barangan sukan yang amat menggalakkan dan disukai oleh masyarakat.






•         Hasil berorientasi
    

Dalam mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan , seseorang usahawan perlu memiliki ciri hasil berorientasikan. Hasil berorientasikan merupakan matlamat dalam mencapai keputusan yang maksimum bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan. Menerusi Mazlie(2014) hasil berorientasikan usahawan dapat menentukan matlamat yang jelas dalam masa hadapan perniagaan dan mengenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman yang wujud dalam sesebuah perniagaan. Pelbagai hasil berorientasikan yang boleh digunakan oleh usahawan antaranya adalah hasil berorientasikan masa hadapan. Peranan ini memerlukan usahawan menjangka perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang dan membuat unjuran yang tepat. Melalui hasil berorientasikan yang diamalkan dapat mewujudkan keputusan strategik dan mengejar peluang-peluang baru bagi mengembangkan perniagaan.
Oleh kerana Ali Hassan Mohd Hassan beliau tidak berputus asa, proaktif, sanggup mengambil risiko dan seterusnya, perniagaannya telah berkembang maju daripada satu perniagaan yang saiz kecil sampailah sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsan di seluruh negara. Tambahan pula, pilihan kasut, baju sukan, bag dan seterusnya juga pelbagai jenis serta dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, pada penghujung 2010, aL-ikhsan juga merancang membuka kedai sukan untuk masyarakat wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut kata beliau, pembukaan perniagaan ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan Seterusnya, beliau juga menetapkan matlamat tentang untuk membuka 60 cawangan menjelang tahun 2008 dan menambah jumlah itu kepada 200 buah cawangan menjelang tahun 2015. Menurut beliau, syarikatnya telah menetapkan sasaran tentang membuka sekurang-kurangnya dua cawangan setiap bulan, terutamanya buka cawangan di kompleks membeli-belah atau di lot kedai. Kompleks membeli-belah merupakan tempat yang masyarakat selalu mengunjungi jika membuka cawangan di sana, pastilah akan menarik perhatian pengunjung untuk masuk ke kedai Al-ikhsan. (ARKIB, 2007)

•    Kegagalan adalah satu pilihan
     Setiap perniagaan mesti mempunyai banyak rintangan dan halangan semasa kita mencapai keuntungan. Dalam perniagaan Al-ikhsan, juga mengalami kegagalan tetapi Ali Hassan tidak berputus asa dan berjuang secara bersungguh-sungguh. Pada tahun 2013, premis Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh berlaku kes rompakan
kerugian kira-kira RM1,000. Perompak telah mengambil wang tunai berjumlah kira-kira RM600, dua telefon bimbit yang dimiliki oleh kakitangan tersebut dan enam helai jersi. Selain itu, beliau pernah gagal untuk mendapatkan pinjaman kerana saiz perniagaan masa dulunya adalah kecil dan tidak mendatangkan untung yang banyak. Walau bagaimanapun, beliau juga tidak berputus asa, beliau juga berusaha menguruskan syarikatnya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.

•      Kumpulan orientasi

Sebagai tonggak kepimpinan atau ketua dalam sebuah organisasi, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan keselesaan dan suasana kerja yang memberangsangkan untuk kakitangannya. Ali Hassan merupakan seorang tokoh yang mementingkan bekerja secara kumpulan dan juga sentiasa mengambil berat tentang kakitangannya. Menurut kata beliau, beliau bersikap terbuka dan tidak mengamalkan jurang besar antara ketua dengan pekerja. Beliau menganggap mereka sebagai kawan dan memastikan kakitangannya berada dalam keadaan gembira dan tenang bekerja di Al-Ikhsan. Beliau tidak suka memberi tekanan dalam kalangan kakitangan sehinggalah mereka menimbulkan perasaan tidak puas hati dan ini dapat mempengaruhi proses pekerjaan. 

Rumusan
Kesimpulannya, seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti sanggup mengambil risiko, berpandangan jauh, budaya terbuka dan ciri-ciri yang lain lagi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ciri-ciri ini perlulah diamalkan dan dipupuk sejak kecil lagi. Di samping itu, kita dapat membuktikan bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Ini bermakna, usahawan ingin berjaya atau tidak adalah bergantung pada diri sendiri. Misalnya, jika usahawan itu harus mencapai matlamat itu dia akan berusaha dengan bertungkus-lumus. Jika dia tidak mahu berjaya, dia akan membiarkan dan tidak berusaha lagi. Oleh itu, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menghadapi kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki sebarang kelemahan supaya menjadikannya lebih baik. Akhirnya, walau bagaimanapun, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa-apa bidang sahaja. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun. 




No comments:

Post a Comment