Pengenalan
Keusahawanan merupakan satu bidang pekerjaan yang memberi
banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Menurut Rosli Mahmood
(2010) mengatakan bahawa perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris entrepreneur
berasal daripada bahasa Perancis entreprendre yang bermaksud memikul tugas atau
mencuba. Di Malaysia, perkataan usahawan ini mula popular dalam kalangan
masyarakat hanya dalam pertengahan tahun 1970-an. Selepas tahun 1969 usahawan
ini telah timbul dalam konteks penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
Namun tiada istilah khusus tentang
maksud keusahawan yang sebenar-benarnya. Hal ini kerana terlalu banyak
perspektif sendiri yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh usahawan dunia. Keusahawan
juga boleh ditakrifkan sebagai pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal
pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan
usaha pengurusan kemahiran insaniah untuk menggerakkan sumber kemanusiaan,
kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil. Ciri-ciri
usahawan dalam keusahawanan merupakan sifat yang lahir secara semula jadi dalam
diri seseorang.
Seterusnya, usahawan boleh
ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga
berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan
yang strategik untuk terus berjaya. Usahawan juga perlu mempunyai ciri-ciri
usahawan yang baik untuk mencipta sesuatu yang baharu seperti menjalankan
inovasi. Usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan semasa ingin
membangunkan sesebuah perniagaan. Keadaan sedemikian, usahawan yang baik
mengambil kegagalan ini sebagai satu motivasi diri sendiri untuk memperoleh kejayaan
sebenar untuk masa kelak.
TUGASAN 1 (A)
1.Berorientasikan
hasil (outcome oriented)

Setiap usahawan
mesti mempunyai pandangan jauh mengenai peluang yang ada. Setiap peluang yang
diyakini mampu menjadikan wang kepada mereka maka mereka pasti akan mencuba
melaksanakannya. Hal ini demikian kerana mereka dapat melihat hasil yang akan
diperoleh akibat daripada tindakan mereka dan keadaan ini akan membuatkan
mereka berani mengambil risiko.
Seperti yang sedia maklum syarikat
Honda merupakan syarikat yang dimiliki oleh jurutera dan usahawan motokar
terkenal dari Jepun iaitu Soichiro Honda. Namun di Malaysia juga terdapat
usahawan yang juga berjaya menaikkan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew.
Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia pada
hari ini. Hal ini demikian kerana keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan
motosikal yang menepati citarasa pengguna di negara ini.
Idea untuk menjual motosikal Honda
di Malaysia tercetus sewaktu Tan Sri Loh Boon Siew bercuti di Jepun pada tahun
1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah
digunakan di Malaysia. Oleh kerana beliau berpendapat bahawa motosikal model
tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil
dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah maka beliau mengambil keputusan
untuk membelinya dan menjualnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau hanya
menjual motosikal tersebut kepada rakan-rakannya sahaja tanpa mengambil
sebarang untung kerana beliau ingin masyarakat mengenali motosikal tersebut.
Beliau juga ditertawakan oleh masyarakat kerana mereka menganggap bahawa
motosikal tersebut tidak berguna dan cepat rosak namun perkara itu tidak
mematahkah semangat beliau kerana beliau sudah dapat melihat hasil yang akan
beliau peroleh dengan membawa kenderaan itu ke Malaysia.
Jangkaan beliau terhadap hasil yang
positif yang akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana
pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan
mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini.
Hal ini menunjukkan bahawa usahawan
yang mempunyai ciri berorientasikan hasil mampu mencipta kejayaan kerana mereka
berpandangan jauh dan mempunyai tekad yang tinggi kerana mereka berusaha untuk
merealisasikan perancangan yang ada di fikiran mereka
2.Budaya
terbuka (open culture)

Konsep budaya terbuka adalah di mana sesuatu pengetahuan
yang ada perlu disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya melalui pembangunan,
penukaran dan memperkaya kerja-kerja yang sedia ada atas dasar perkongsian dan
kerjasama tanpa terikat dengan mana-mana peraturan berkaitan perlindungan
undang-undang harta intelek.
Antara contoh usahawan yang berpegang
kepada konsep ini ialah Datuk Steven Lim yang merupakan pengasas Secret Recipe.
Beliau seorang yang kreatif dan bercita-cita tinggi. Kewujudan Secret Recipe
bermula apabila beliau menyedari kekurangan di dalam perniagaan berasaskan
makanan di Malaysia dan premis pertama ditubuhkan di Petaling Jaya. Disebabkan
kekurangan modal pada peringkat permulaan untuk mengiklankan outlet pertama
maka beliau melakukan pemasaran dengan menawarkan kopi percuma kepada
pelanggan. Hasrat beliau untuk membuka outlet di Orchad Road pernah kecundang
lantaran jenama Malaysia dipandang rendah namun beliau tidak pernah berputus
asa sehingga akhirnya berjaya juga. Kini pasaran Secret Recipe Berjaya
menjangkau hingga ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei dan beberapa
Negara lagi yang mengangkat jenama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, Steven Lim adalah
seorang usahawan berciri budaya terbuka kerana beliau mampu mengesan kekurangan
yang ada dalam perniagaan makanan dan Berjaya mewujudkan konsep baru yang
sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat secara global di seluruh dunia.
3.Kegagalan
adalah satu pilihan (failure is an option)

Antara sifat yang ada pada seseorang usahawan yang
berjaya adalah kegagalan adalah satu pilihan. Usahawan yang berjaya adalah
mereka yang sentiasa tahu bahawa sesuatu perkara yang dilakukan atau keputusan
yang diambil oleh mereka tidak selalunya berkesan dan berjaya dan berisiko
untuk gagal, namun mereka masih berani untuk mengambil risiko melakukannya.
Setiap kegagalan yang dialami oleh seseorang usahawan adalah merupakan suatu
proses pembelajaran bagi mereka untuk lebih berusaha dalam mencapai kejayaan.
Setiap langkah atau tindakan yang ingin diambil oleh seseorang usahawan itu
akan didahulukan dengan menilai segala aspek yang perlu diketengahkan dan ianya
boleh disumberkan melalui pengalaman kegagalan sebelumnya bagi mendapatkan keputusan
yang bernas dan berjaya.
Contoh usahawan yang dapat kita
kaitkan dengan sifat di atas adalah Gary Swart yang merupakan bekas ketua
pegawai eksekutif odesk. Odesk merupakan sebuah platform kerja global di atas
talian di mana perniagaan dan professional bebas untuk berhubung serta
bekerjasama dalam jarak yang jauh dan pada 2015, Elance Odesk telah melalui
penjenamaan semula dan dikenali sebagai Upwork.Sebelum mencapai kejayaan, Gary
juga pernah melalui zaman kegagalan dalam perniagaan yang diusahakannya dalam
mengusahakan sebuah syarikat yang diberi nama Intellibank dan syarikat tersebut
hanya mampu bertahan dalam masa yang sangat singkat walaupun beliau telah
berusaha sebaik mungkin dalam mengumpul modal untuk menjayakan syarikat
tersebut namun hasilnya tidak seperti yang diidamkan oleh Gary. Daripada
kesilapan tersebut beliau bangkit dan mengkaji perkara yang tidak sepatutnya
dilakukan yang mana akhirnya beliau berjaya memahami beberapa perkara penting
yang mampu memberi kejayaan dalam permulaan perniagaan.
Beliau mendapati bahawa pasaran adalah
penting untuk sesebuah produk. Walau bagus bagaimanapun produk yang dihasilkan
namun jika pasaran tidak wujud tetap akan mengalami kegagalan. Kegagalan di dalam
Intellibank adalah apabila beliau cuba memenuhi semua kehendak pelanggan yang
bertentangan dengan produknya. Oleh itu beliau harus membangunkan dan memberi
tumpuan kepada satu produk tanpa perlu cuba memenuhi semua kehendak pelanggan
yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Beliau juga menyedari bahawa matlamat
perniagaan harus melebihi jangkaan pelanggan dan dengan matlamat sebegitu,
syarikat baru akan berjaya memenangi kesetiaan para pelanggan terhadap jenama
produknya dan mencapai sebuah pasaran pelanggan yang stabil.
Secara keseluruhannya, Gary
merupakan seorang usahawan yang berjaya selepas melalui kegagalan perniagaan
dan membuktikan bahawa kegagal itu bukan selama-lamanya dan ianya mampu memberi
kita jalan lain untuk mencapai kejayaan yang lain.
4. Ketajaman daya
pemerhatian (observant)

Ciri daya pemerhatian yang tajam merupakan salah satu
ciri yang perlu ada dalam seseorang individu dalam bersaing didalam bidang
keusahawanan. Daya pemerhatian yang tajam boleh didefinisikan sebagai seseorang
yang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran termasuk
persekitaran dalaman dan luaran. Persekitaran merujuk kepada keadaan luaran dan
dalaman sesebuah organisasi yang boleh memberi impak terhadap perniagaan dan
mempengaruhi seorang usahawan dalam membuat sesuatu keputusan (rosli mahmood,
2010).
Usahawan yang mempunyai ciri ini akan sentiasa mempunyai
ilham yang baru dan merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka
dengan pengeluaran produk atau perkhidmatan yang baru dengan tujuan memberi
kepuasan kepada pengguna. Ironinya, mereka akan memerhati keadaan sekeliling
dan menganalisis kehendak pasaran dan keperluan pengguna di masa hadapan.
Justeru mereka akan menghasilkan suatu produk atau perkhidmatan berdasarkan
pemerhatian dan peluang yang telah dianalisis.
Berdasarkan ciri ini, Datuk Jimmy Choo boleh
diklasifikasikan sebagai seorang usahawan berjaya yang mempunyai daya
pemerhatian yang tajam. Beliau merupakan seorang pereka kasut buatan tangan
yang terkenal dengan keunikan dan keselesaan rekaannya. Nama beliau mula
meningkat naik apabila Mendiang Puteri Diana membeli rekaan kasutnya dan terus
menjadi pelanggan setia Datuk Jimmy Choo.
Beliau turut dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan
Pahang di atas kejayaannya di dalam bidang fesyen. Ciri ketajaman daya
pemerhatian dapat dilihat apabila beliau mengembangkan cabang perniagaannya
dengan mempelbagaikan produk seperti beg tangan dan aksesori lain. Hal ini
jelas terpancar bahawa Datuk Jimmy Choo ialah seorang usahawan yang sentiasa
mencari peluang dan peka terhadap kehendak semasa untuk mengembangkan
perniagaannya.
5. Berorientasikan pasukan
(team oriented)

Semangat kerja berpasukan berkaitrapat dengan ciri
usahawan berorientasikan pasukan. Usahawan bertindak sebagai ketua dalam
sesebuah organisasi dan bekerjasama dengan pekerja dalam satu pasukan untuk
merealisasikan matlamat organisasi. Sebuah pasukan terdiri daripada individu
yang saling bergantung dari segi kepakaran, keupayaan, kemahiran dan
pengetahuan. Mereka memberi komitmen dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dalam
proses membuat keputusan, usahawan yang bertindak sebagai ketua akan meminta
persetujuan seluruh ahli pasukan. Usahawan yang berorientasikan pasukan akan
menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan berkualiti kerana ia adalah hasil
gabungan kreativiti, kemahiran dan kepakaran pekerjanya.
Tokoh usahawan yang memiliki ciri ini ialah Mr. Joshua
G.Schulman bekas ketua eksekutif Jimmy Choo Ltd. Beliau memasuki Jimmy Choo Ltd
pada tahun 2007 selepas Datuk Jimmy Choo menjual sahamnya di dalam syarikat
berkenaan. Beliau membantu Jimmy Choo Ltd dengan mula mempelbagaikan rangkaian
produk keluaran Jimmy Choo kepada beg tangan, aksesori seperti cermin mata dan
minyak wangi, barang kemas dan jam tangan. Beliau mahu meletakkan Jimmy Choo
Ltd jenama mewah yang merentasi kategori produk dan geografi. Beliau percaya
pengembangan target pasaran mereka ke Negara Asia dan Timur tengah akan
membantu Jimmy Choo Ltd mengharungi kemelesetan ekonomi.
Di dalam artikel Global Business, Mr Joshua Schulman
berkata,” he believed that building a successful fashion brand required good
teamwork, especially between the business and creative sides. Both have
different roles, but they can share the same vision for the brand” (kolesnikov-jessop, 2009). Berdasarkan artikel
ini, jelas Mr Schulman seorang usahawan yang berorientasikan pasukan dalam
meningkatkan keuntungan Jimmy Choo Ltd.
6. Proaktif (proactive)

Proakif membawa maksud individu yang
bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh
lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu kejadian atau perkara.
Usahawan yang mempunyai ciri ini lebih awal merebut peluang yang ada, memiliki
visi yang jelas ke hadapan, selalu aktif memikirkan peluang dan perkembangan
perniagaan dan segera mengambil langkah yang cepat terhadap sesuatu
permasalahan.
Seorang usahawan tempatan yang berjaya dan menjadi
jutawan Malaysia, Dato Robert Kuok pengasas pembuatan gula Malayan. Beliau
merupakan pelopor utama gula di Malaysia sebanyak 80% dan 10% untuk luar
Negara. Justeru, beliau telah digelar “Raja Gula Asia”. Beliau dilahirkan di
Johor Bahru pada 6 Oktober 1923. Ciri proaktif yang ada pada Dato Robert Kuok
dapat dilihat apabila beliau mengembangkan sektor perniagaannya kepada rantaian
hotel “ Shang-Ri La”.
Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam sektor
perlombongan, pembuatan tepung, penerbitan dan makanan haiwan. Semua bidang
perniagaan yang diceburi beliau memperoleh kejayaan. Usaha gigihnya bermula
daripada bawah dimana beliau bekerja sebagai kerani di kilang beras di
Singapura. Beliau seorang yang cepat belajar dan tangkas, hal ini memudahkannya
mempelopori bidang yang ingin diceburi. Ketangkasan beliau dalam mempelopori
sesuatu bidang membuahkan hasil apabila beliau berjaya dalam perniagaan dan
telah diisytiharkan sebagai “Usahawan terkaya Malaysia” dan “ke-2 terkaya di
Asia Tenggara”.
7. Jaringan (networked)

Tidak mudah untuk seorang usahawan meraih kejayaan tanpa
bantuan daripada pihak lain. Seorang usahawan yang berjaya perlu bijak dalam
memilih individu yang bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada masa
ini, tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa akan datang juga.
Oleh itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes adalah tokoh yang bersesuaian
dengan ciri tersebut. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat
Penerbangan Tambang Murah yang disegani di Malaysia iaitu Air Asia. Dalam
meraih kejayaan, beliau tidak berseorangan tetapi beliau dibantu oleh rakan
baik beliau iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Perniagaan beliau mula
direalisasikan apabila beliau mula menyatakan hasrat beliau untuk menjadi seorang
usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada rakan baiknya itu selepas
tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet.
Tertarik dengan rancangan tersebut, kedua-dua sahabat baik tersebut bersepakat
untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan
sebanyak RM1 juta untuk dijadikan sebagai modal.
Selain itu, beliau juga turut meminta bantuan daripada
Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lesen penerbangan. Datuk Pahamin
juga telah membawa Tony Fernandes
berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri pada
ketika itu. Hasil perjumpaan tersebut, lesen penerbangan berjaya diperoleh.
Mengakui jasa Datuk Pahamin begitu besar dalam merealisasikan impiannya menjadi
kenyataan, beliau telah mempelawa Datuk Pahamin untuk menjadi rakan kongsi
beliau. Kerjasama yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes dan rakan-rakan
kongsinya itu, mereka berjaya mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia Bhd.
yang mana syarikat tersebut diterapkan menjadi syarikat penerbangan tambang
murah yang kini popular di Malaysia.
Oleh itu, jelaslah
bahawa kejayaan seseorang usahawan itu tidak mungkin dapat diperolehi tanpa
bantuan daripada pihak lain. Melalui
kerjasama kedua-dua pihak, sudah tentu masalah dapat dikongsi dan diselesaikan
secara bersama. Dalam situasi yang dialami oleh Tony Fernandes, kejayaan yang
dikecapi oleh beliau sekarang adalah hasil daripada strategi bijak yang diambil
dan titik peluh beliau bersama rakan baiknya itu. Tanpa bantuan tersebut,
beliau mungkin tidak dapat berdiri teguh sebaris dengan usahawan berjaya pada
masa kini.
8.Mengambil
Risiko Terbuka (Open Risk Taker)
Datuk Wan Mohammad
Sani Salleh.

Ciri
kecenderungan mengambil risiko ini adalah sebahagian daripada ciri peribadi
yang semestinya ada secara semula jadi dalam diri setiap usahawan yang berjaya.
Mengambil risiko terbuka membawa maksud bahawa sesuatu risiko yang diambil tersebut berkemungkinan
akan mengalami kerugian atau keuntungan. Setiap Perniagaan sama ada perniagaan
kecil mahupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan
serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut.
Namun begitu, bagi usahawan yang
megambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan
selamat serta perlu dipertimbangkan dengan pengetahuan dan kefahaman supaya
risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan kelak.
Mengambil risiko terbuka ini bukan lah
suatu perkara yang mudah untuk diambil oleh seseorang usahawan kerana ciri ini
memperhitungkan pelbagai kemungkinan kejayaan mahupun kegagalan bagi seseorang
usahawan itu dan perniagaan mereka. Antara usahawan yang mengamalkan ciri
mengambil risiko terbuka ini adalah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh atau lebih dikenali sebagai Sani, merupakan seorang
pengasas syarikat bas express Sani Express. Syarikat Sani Express atau lebih
dikenali Syarikat Sani United Sdn.Bhd
(SUSB) mula ditubuhkan pada .Menurutnya, beliau memulakan perniagaan tersebut
atas dasar minat dan mahu mengubah nasib kehidupannya ke tahap yang lebih baik.
Sebelum
menceburi bidang perniagaan ini, Datuk Muhamamd Sani Salleh terdahulu menceburi
bidang hiburan seperti menjadi model, penyanyi, pelakon dan sebagainya. Namun
selepas beliau menyedari bidang tersebut tidak mampu memberi kejayaan dalam
hidupnya , dan dengan sedikit dorongan daripada sahabat sekeliling yang berjaya
didialam dunia perniagaan, beliau tanpa berfikir panjang mencuba nasib dalam
menceburi bidang perniagaan. Bermula dengan membuka perniagaan bengkel membaiki
kenderaan dibeberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu. Tidak lama
selepas itu, pada tahun 2003, Datuk Sani mengembangkan perniagaan dengan lebih
jauh dengan mencuba nasib dalam bidang pengangkutan dengan membuka Syarikat
Sani United Sdn Bhd(SUSB).
Namun dugaan dan nasib tidak menyebelahi
beliau ketika melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ini apabila dua
orang rakan kongsi beliau menarik diri dari perniagaan tersebut sekaligus
memberi cabaran kepada beliau sendiri untuk menguruskan perniagaan tersebut
seorang diri. Tambahan lagi beliau turut menanggung risiko yang besar kerana pinjaman
yang dibuat. Namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan
perniagaannya malah beliau sanggup mengambil risiko untuk menguruskannya
seorang diri dengan penuh yakin walau tahu beliau bakal mengalami kegagalan dan
kerugian yang besar sekiranya tidak mampu untuk bertahan menguruskan perniagaan
tersebut.
Dengan
mempunyai seorang pekerja, Datuk Sani menggunakan segala kudrat yang ada
berserta akal fikirannya dengan penuh teliti untuk membagunkan syarikat Bas
ekpress miliknya itu dan selepas beberapa tahun, usahanya mendatangkan hasil.
Pada januari 2006, Sani Ekspress Berjaya berada dijalan raya dan perjalanan
perniagaan syarikatnya berjalan dengan lancar dan mula mendapat sambutan dan
permintaan yang luar biasa daripada penumpang bas ekspress dan semakin
berkembang pesat sehingga ke hari ini.
Sikap beliau
yang yakin dan sanggup mengambil risiko untuk membangunkan perniagaannya kini
terbukti berhasil dengan jayanya dengan kejayaan luar biasa syarikatnya yang
kini mampu berdiri dengan gah dan berjaya memiliki
9.Visionary
(Berwawasan).
Nurfuryna
binti mohd. Azmeer (pengasas Aura White Beauty)

Berwawasan bermaksud satu keazaman atau hala tuju yang
tertentu yang dirancang oleh seseorang individu untuk masa hadapan. Wawasan
dibentuk dari segi kedua jangka masa sama ada jangka masa pendek dan jangka
masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan percambahan dan lencongan hala tuju sesuatu
perancangan itu dan ianya dapat menjadikan wawasan itu suatu matlamat yang jelas, segala
usaha yang diambil disasarkan kearah pencapaian wawasan dan matlamat yang
ditetapkan.
Usahawan
yang Berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat dan wawasan usahanya
sejajar dengan wawasan kerajaan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan,
seseorang usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai
kecekapan dari segi pemikiran. Dengan kata lain, berwawasan bermakna seseorang
itu menanamkan dan bertekad atau pon berazam untuk mencapai sesuatu yang
dihajati dan akan cuba melakukan apa sekali pon untuk menjadikannya satu
kenyataan.
Sifat
ini dimiliki oleh pengasas produk kesihatan dan kecantikan Aura White Beauty yang semakin dikenali
ramai iaitu Nurfuryna Mohd. Azmeer yang
kini berumur 29 tahun. Beliau yang sebelum ini melaksanakan jualan produk
minyak wangi bersama suaminya menambah cabang perniagaannya kepada makanan
tambahan untuk kesihatan dan kecantikan. Mengakui bahawa dirinya yang optimis
dan mempunyai wawasan , beliau sentiasa beruasaha memastikan hanya
perkara-perkara positif sahaja yang singgah difikirannya. Sebagai seorang usahawan juga, beliau
sememangnya meletakkan diri untuk
memikirkan sesuatu perkara dan harapan malah matlamat yang sangat besar. Beliau
juga mengakui tidak pernah berpuas hati dengan setiap perkara yang dilakukan
kerana sentiasa mahukan hasil yang terbaik bukan saja untuk diri untuk diri
beliau, malah menginginkan semua pelanggan mendapat manfaat daripadanya.
Beliau sendiri lebih suka bersikap positif apabila
terjadi sesuatu dan akan memikirkan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu.
Buktinya berkat keazaman yang tinggi dalam diri, beliau menggunakan ilmu dan
pengalaman beliau untuk menghasilkan produk makanan tambahan kolagen yang mampu
mengekalkan awet muda dan sihat akhirnya berhasil dikeluarkan walaupun beliau
sendiri sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan dan pendidikan rasmi dalam
bidang ini.
Beliau
yang tidak asing lagi dengan sifat yang berwawasan dan berpandangan jauh ini,
turut mengatakan hasrat dan perancangan beliau iaitu bakal melancarkan
pelancaran pejabat urusan mereka yang baharu pada masa yang terdekat ini.
Syarikat beliau juga turut bakal menempatkan pusat kecantikan wajah yang
membolehkan pelanggan setia produknya mendapatkan rawatan kulit wajah dan
rawatan ekslusif dari pakar kecantikan syarikat itu sendiri.
TUGASAN B – TOKOH DAN PELBAGAI CIRI
Ali Hassan Mohd
Hassan adalah pemilik
rangkaian Syarikat aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan dan berkait rapat dengan arena sukan
dunia seperti Liga Bola Sepak
England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia FIFA 2010. Kejayaan beliau
bermula dengan modal kecil dengan hanya menjual barangannya secara
kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar
pizza untuk sara hidup dan yuran pengajian. Ali Hassan akhirnya mendapat
diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993 dan ditawar sambung belajar
ke luar Negara tetapi ditolak. Pada tahun 1993 perniagaannya bermula di ruang sempit di Holiday
Plaza, Johor dengan menjual barangan sukan. "Saya kena rajin dan
kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. Dapat sahaja barang hari
ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh
dijual,”.
Ketika itu sukar
mendapatkan pinjaman bank. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada. Jangan
malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka
‘mengkritik’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk
memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.“Ambil sahaja apa ‘kritikan’
pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu
sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat
perniagaan kita berkembang,” “Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang
adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik
mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah. Beliau
menyerah semuanya kepada kuasa Allah dan mempercayai sekiranya melakukan
sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza. Kini terdapat
75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara .
Kebanyakan produk yang ada di
aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan
dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai
oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap
barang yang dilancarkan di Eropah boleh
didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama. Pada 2010, aL-ikhsaN membuka kedai
sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl kerana pelanggan wanita
mahukan pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka .
Proaktif, rangkaian dan mengambil
risiko kegagalan adalah satu pilihan hasil orientasi
Tokoh yang saya pilih ialah Ali Hassan Mohd Hassan.
Beliau merupakan ketua rangkaian Syarikat aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang
menyediakan pelbagai kelengkapan sukan yang bertaraf antarabangsa yang mana
produknya diperkenalkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan
seperti Piala Eropah, Formula 1, Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.
Selain itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Al-Ikhsan dan memiliki 59 cawangan
syarikat di dalam Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai ciri-ciri yang patut
kita memupuk dalam diri sendiri dan mengamalkan selama-lamanya,
• Proaktif
DEFINISI PROAKTIF
Usahawan yang proaktif mempunyai sikap yang efektif dalam
mengendalikan sesebuah perusahaan. Menurut Mokhtar Pet (2013) usahawan yang
efektif tidak akan menangguhkan pekerjaan mereka malah melakukan sesuatu
pekerjaan lebih awal dari waktu yang dijangkakan. Usahawan juga akan sentiasa
berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas untuk membaiki keadaan sedia ada
dengan memperbetulkan sebarang masalah. Usahawan yang proaktif juga sentiasa
memberi dorongan dan motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan kecekapan yang
sedia ada. Usahawan yang proaktif yakin dengan keupayaannya untuk menangani
segala perubahan teknologi, persekitaran mahupun politik di sesebuah negara.
Beliau merupakan seorang tokoh
yang proaktif kerana beliau tidak malu untuk tanya kepada pelanggan tentang
apakah produk yang dapat memuaskan kehendak mereka dan sebarang tidak puas hati
tentang produknya. Beliau berkata, jika
ada pandangan atau aduan daripada pelanggan, barulah kita boleh ubahsuai
dan menjadikan produk itu lebih cemerlang serta dapat memajukan perniagaan ke
tahap yang lebih tinggi. Beliau proaktif dalam mendengar dan merujukkan
pandangan yang diberikan oleh pelanggan supaya dapat memuaskan kehendak
pelanggan. Selain itu, al-ikhsan merupakan perniagaan yang dikirakan dengan
saiz kecil pada masa itu. Walaupun perniagaan adalah saiz kecil tetapi beliau
juga proaktif dalam menjual baju sukan secara pantas. “Dapat sahaja barang hari
ini, jual secepat mungkin. Ini dapat mendatangkan kebaikan kepada perniagaannya
iaitu dapat stok yang pelbagai dan tidak mempunyai stok lama kepada pelanggan.
• Sanggup mengambil risiko
Bakar, H.
(2010) menyatakan risiko ialah satu perkara yang mungkin
akan berlaku, dan jika berlaku kemungkinan untuk mengalami kegagalan,
kerosakan, keruntuhan, kehilangan, kecederaan ataupun apa-apa perkara yang
negatif .Risiko juga adalah akibat daripada tindakan yang diambil di sebalik
ketidaktentuan.
Dalam Segi Ekonomi usahawan ialah seorang yang sanggup
menghadapi risiko dan menggabungkan faktor pengeluaran untuk menawarkan barang
dan perkhidmatan. Setiap usahawan akan mengalami pelbagai risiko seperti risiko kehilangan
aset ,risiko kekurangan permintaan terhadap barang dan perkhidmatannya, dan
lain-lain. Walaupun usahawan menghadapi risiko yang banyak tetapi pulangan bagi
usahawan adalah lebih banyak. Ini membuktikan “Risiko tinggi, pulangan tinggi”.
Sebagai contohnya, Ali Hassan
Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada sshabat dan
pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Skudai, Johor pada masa dahulu. Beliau juga tidak mengenal pasti bahawa
perniagaan ini akan mendapat sambutan baik atau tidak daripada sahabatnya.
Walau bagaimanapun, beliau juga berusaha untuk menjalankan perniagaan kerana
mendapatkan untung untuk membiayai kos pembelajaran dan kos sara hidup. Oleh
kerana beliau sanggup mengambil risiko ini dan tidak berputus asa, perniagaan
pertama beliau bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor
Bharu. Perniagaan pertama itu adalah diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.
Beliau mula mengusahakan perniagaan dengan sepenuh hati dan semakin
lama-lamanya mendapati permintaan barangan sukan yang amat menggalakkan dan
disukai oleh masyarakat.
• Hasil berorientasi
Dalam mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan ,
seseorang usahawan perlu memiliki ciri hasil berorientasikan. Hasil
berorientasikan merupakan matlamat dalam mencapai keputusan yang maksimum bagi
mencapai kejayaan dalam perniagaan. Menerusi Mazlie(2014) hasil berorientasikan
usahawan dapat menentukan matlamat yang jelas dalam masa hadapan perniagaan dan
mengenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman yang wujud dalam
sesebuah perniagaan. Pelbagai hasil berorientasikan yang boleh digunakan oleh
usahawan antaranya adalah hasil berorientasikan masa hadapan. Peranan ini
memerlukan usahawan menjangka perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang
dan membuat unjuran yang tepat. Melalui hasil berorientasikan yang diamalkan
dapat mewujudkan keputusan strategik dan mengejar peluang-peluang baru bagi
mengembangkan perniagaan.
Oleh kerana Ali Hassan Mohd
Hassan beliau tidak berputus asa, proaktif, sanggup mengambil risiko dan
seterusnya, perniagaannya telah berkembang maju daripada satu perniagaan yang
saiz kecil sampailah sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsan di seluruh
negara. Tambahan pula, pilihan kasut, baju sukan, bag dan seterusnya juga
pelbagai jenis serta dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, pada
penghujung 2010, aL-ikhsan juga merancang membuka kedai sukan untuk masyarakat
wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut kata beliau, pembukaan
perniagaan ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang
menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama
terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan Seterusnya, beliau juga
menetapkan matlamat tentang untuk membuka 60 cawangan menjelang tahun 2008 dan
menambah jumlah itu kepada 200 buah cawangan menjelang tahun 2015. Menurut
beliau, syarikatnya telah menetapkan sasaran tentang membuka sekurang-kurangnya
dua cawangan setiap bulan, terutamanya buka cawangan di kompleks membeli-belah
atau di lot kedai. Kompleks membeli-belah merupakan tempat yang masyarakat selalu
mengunjungi jika membuka cawangan di sana, pastilah akan menarik perhatian
pengunjung untuk masuk ke kedai Al-ikhsan. (ARKIB, 2007)
• Kegagalan adalah satu pilihan
Setiap perniagaan mesti
mempunyai banyak rintangan dan halangan semasa kita mencapai keuntungan. Dalam
perniagaan Al-ikhsan, juga mengalami kegagalan tetapi Ali Hassan tidak berputus
asa dan berjuang secara bersungguh-sungguh. Pada tahun 2013, premis Al-Ikhsan
cawangan Sungai Buloh berlaku kes rompakan
kerugian kira-kira RM1,000. Perompak telah
mengambil wang tunai berjumlah kira-kira RM600, dua telefon bimbit yang
dimiliki oleh kakitangan tersebut dan enam helai jersi. Selain itu, beliau
pernah gagal untuk mendapatkan pinjaman kerana saiz perniagaan masa dulunya
adalah kecil dan tidak mendatangkan untung yang banyak. Walau bagaimanapun,
beliau juga tidak berputus asa, beliau juga berusaha menguruskan syarikatnya
dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.
• Kumpulan orientasi
Sebagai tonggak kepimpinan atau ketua dalam sebuah
organisasi, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan keselesaan
dan suasana kerja yang memberangsangkan untuk kakitangannya. Ali Hassan
merupakan seorang tokoh yang mementingkan bekerja secara kumpulan dan juga
sentiasa mengambil berat tentang kakitangannya. Menurut kata beliau, beliau
bersikap terbuka dan tidak mengamalkan jurang besar antara ketua dengan
pekerja. Beliau menganggap mereka sebagai kawan dan memastikan kakitangannya
berada dalam keadaan gembira dan tenang bekerja di Al-Ikhsan. Beliau tidak suka
memberi tekanan dalam kalangan kakitangan sehinggalah mereka menimbulkan
perasaan tidak puas hati dan ini dapat mempengaruhi proses pekerjaan.
Rumusan
Kesimpulannya, seseorang usahawan perlu mempunyai
ciri-ciri keusahawanan seperti sanggup mengambil risiko, berpandangan jauh,
budaya terbuka dan ciri-ciri yang lain lagi seperti yang dinyatakan sebelum
ini. Ciri-ciri ini perlulah diamalkan dan dipupuk sejak kecil lagi. Di samping
itu, kita dapat membuktikan bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh
menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan
itu sendiri. Ini bermakna, usahawan ingin berjaya atau tidak adalah bergantung
pada diri sendiri. Misalnya, jika usahawan itu harus mencapai matlamat itu dia akan
berusaha dengan bertungkus-lumus. Jika dia tidak mahu berjaya, dia akan
membiarkan dan tidak berusaha lagi. Oleh itu, usahawan tidak seharusnya
menyalahkan pihak-pihak lain apabila menghadapi kegagalan. Usahawan hendaklah
sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki sebarang
kelemahan supaya menjadikannya lebih baik. Akhirnya, walau bagaimanapun, kaedah
mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar
kecemerlangan dalam apa-apa bidang sahaja. Tiada jalan ringkas dan pengganti
bagi usaha yang gigih dan tekun.